How many millionaires do you know who have become wealthy by investing in savings accounts?
– Robert G Allen
sources: Forbes advisor
UNIT TRUST
PASARAN US
Sejak pelaburan Private Mandate di bawah Inter-Pacific Assset Management Sdn Bhd yang khusus melabur di pasaran US berjaya mencuri tumpuan pelabur di Malaysia asbab merekodkan pulangan yang tinggi pada tahun lalu, semakin ramai pelabur mencari peluang untuk melabur di pasaran US. Index US , NASDAQ khususnya menyenaraikan saham-saham syarikat dengan 50% dari saham yang disenaraikan terdiri daripada saham teknologi.
Pasaran saham di US adalah antara yang tertua dan terbesar di dunia. Dengan Markert Capitalization sebanyak 19.4 Trilion (pada Ogos 2021), banyak peluang untuk para pelabur merebut potensi pulangan. Pasaran NASDAQ juga secara jangka masa panjang menunjukkan prospek yang positif.
Antara sebab yang mungkin menyebabkan pelabur tempatan kurang terlibat dengan pelaburan saham US ialah:
i) kurang pendedahan dengan pasaran luar negara
ii) beranggapan perlu modal tinggi
iii) tidak pasti platform dan pelaburan bersesuaian
Ramai menganggap mereka memerlukan modal yang besar untuk melabur di US kerana perbezaan nilai mata wang yang agak ketara.
Kurangnya pendedahan sehingga ada juga yang tidak mengetahui bahawasanya di pasaran US saham boleh dibeli dengan hanya 1 unit, berbanding minima 100 unit yang bersamaan dengan 1 lot bagi pasaran Malaysia.
Masih ramai yang ragu-ragu dan tercari-cari platform yang bersesuaian untuk melabur di US serta tidak pasti tentang pemilihan saham.
Diversify a.k.a mempelbagaikan pelaburan
Mengapa kita perlu diversify atau mempelbagaikan pelaburan di pasaran lain?
Selain sebagai langkah pengurusan risiko, pasaran luar negara juga sangat berpotensi memberi pulangan yang ideal. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan pergerakan indeks bursa Malaysia berbanding NASDAQ, NYSE dan S&P500.
Daripada Rajah 1, kenaikan indeks di pasaran US adalah lebih tinggi berbanding pasaran tempatan. Dalam masa 5 tahun, NASDAQ menunjukkan kenaikan sebanyak 181.14%, S&P500 103.22% dan NYSE 55.53%.
Pasaran bursa Malaysia masih mempunyai kelebihan terutamanya jika mahu melabur untuk dividen tapi untuk pelabur yang lebih agresif dan mahukan Capital Gain, sangat sesuai untuk mereka berjinak-jinak dengan pasaran US.
Dengan mengambil kira indeks yang meningkat sejak 5 tahun lalu serta potensinya pada masa akan datang, bagaimanakah seorang pelabur tempatan yang sibuk dengan urusan kerja seharian boleh mengambil manfaat daripadanya dengan mudah, walaupun tanpa pengetahuan mendalam dalam pemilihan saham?
Labur di US melalui Unit Trust?
Terdapat dana Unit Trust yang melabur ke pasaran global dengan pembahagian yang berat (heavy allocation) ke pasaran US iaitu NASDAQ. Dengan pelaburan Unit Trust, pelabur tidak perlu runsing soal pemilihan saham kerana ada pengurus dana yang melakukannya(mengikut prospektus) bagi pihak pelabur.
Risiko melabur di dalam Unit Trust juga adalah lebih terkawal jika dibandingkan melabur saham secara individu dalam keadaan tanpa ilmu kerana pengagihan pegangan saham di dalam dana Unit Trust adalah lebih teratur dan pelbagai. Setiap dana Unit Trust ini juga diuruskan oleh Profesional Fund Manager yang berdaftar serta tertakluk pada authority.
Prestasi dana Unit Trust ini mancatatkan ‘year to date’ return sebanyak 19.90%, manakala pulangan terkumpul sebanyak 34.36% bagi tempoh setahun dari tarikh yang dinyatakan. Purata dalam masa 3 tahun terakhir pula ialah 18.05% manakala purata sebanyak 14.47% direkodkan untuk tempoh 5 tahun terakhir. Bagi admin, rekod prestasi dana ini agak signifikan sebenarnya, namun pelabur dinasihatkan untuk menilai semula objektif pelaburan masing masing.
Source: Fund Prospectus
5 sektor tertinggi yang dilaburkan dalam dana ini ialah Information Techology (32%), Consumer Disretionary (14%), Communication Service (13%), Industrials (13%) dan Health Care (9%) dengan Amerika Syarikat menjadi negara paling banyak dana dilaburkan iaitu sebanyak 72%.
5 pegangan tertinggi dalam dana ini ialah
- Microsoft Corporation
- Alphabet (Google),
- Apple Inc,
- Facebook Inc
- Master Card Inc.
Pergerakan harga saham 5 pegangan tertinggi ini menunjukkan pulangan tinggi dalam masa 5 tahun, ia sejajar dengan pulangan yang diberikan oleh dana ini.
Saham Syarikat | Harga pada 2016 | Harga pada 2021 | Peratus pulangan (Kasar) |
Microsoft Corp. | USD 57 | USD 289 | 402% |
Alphabet (Google) | USD 799 | USD 2700 | 243% |
Apple Inc. | USD 26 | USD 148 | 444% |
Facebook Inc. | USD 123 | USD 362 | 193% |
Master Card Inc. | USD 95 | USD 361 | 280% |
Dengan aspek pertumbuhan syarikat ini yang dijangka akan terus meningkat dengan prospek saham-saham teknologi yang baik, dana ini sangat berpotensi memberikan pulangan ideal kepada para pelabur.
Lebih menguntungkan, walaupun harga saham-saham ini sudah mencecah ratusan dolar, pelabur tempatan masih boleh melabur dengan modal yang rendah serta mempunyai pilihan sama ada secara tunai atau melabur menggunakan akaun 1 wang persaraan.
Bagi ‘Regular Saving Plan’ atau lebih dikenali sebagai RSP, jumlah pelaburan minimum sebulan hanyalah serendah RM 100. Bagi pelaburan secara Tunai (lump sum) atau melalui akaun 1, jumlah permulaan yang diperlukan hanyalah serendah RM 1000.
Menarik bukan?
Inginkan penerangan dan maklumat lanjut berkaitan dana unit trust ini?
Tinggalkan maklumat anda untuk kami hubungi.
Info Menarik : Melabur Di US serendah RM 100 , Private Mandate Inter – Pacific Asset Management,china bakal kuasa ekonomi terbesar dunia,masih selamatkah melabur di China?
Disclaimer : past performance does not indicate future result
Perkongsian ini adalah hasil pandangan penulis selaku pelabur dan juga konsultan. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat.