“Hampir 80% rakyat Malaysia risau simpanan hari tua mereka tidak cukup”
Hari ini masih ramai antara kita yang tidak mengambil berat tentang pelaburan. Alasan mereka seperti biasa, tiada masa untuk melabur atau tiada wang lebihan untuk mula melabur.
Bila sebut pasal melabur, kebanyakan daripada kita hanya membayangkan pelaburan yang berisiko tinggi yang memerlukan kita untuk monitor carta hari-hari. Tetapi banyak kemudahan yang disediakan hari ini untuk anda melabur sambil goyang kaki.
Antaranya ialah, anda boleh menggunakan khidmat pengurus dana yang bertauliah, sama ada dengan melanggan produk unit trust atau private mandate. Anda sebenarnya hanya perlukan modal serendah RM100 untuk mulakan pelaburan anda.
Jadi apa tunggu lagi? Takkan dah tua nanti baru nak mula melabur? Takut belum sempat merasa keuntungan dah dijemput Ilahi. Gurau gurau ye boh. Jemputan dari Ilahi tak meletakkan tua sebagai syarat. Bila bila masa je.
Mulakan pelaburan anda sejak usia muda lagi. Jangan risau jika anda tidak faham dan tiada masa untuk memahami teknik yang rumit untuk melabur ini. Serahkan kepada pakar untuk menguruskan dana anda.
Sangat penting untuk kita semua mula melabur sejak usia muda. Artikel kami kali ini akan berkongsi kepada anda sebab musabab kenapa anda perlu melabur di usia muda. Mari teruskan membaca.
Melabur Untuk Menjaga Nilai Wang
Duit RM1,000 yang kita simpan hari ini mungkin nilainya masih besar membolehkan kita membeli banyak benda hari ini. Tetapi RM1,000 tadi dalam masa 10 tahun akan datang nilainya akan terhakis dengan kenaikan kadar inflasi.
Dengan melabur, walaupun keuntungan setahun hanya 5% setahun, ianya cukup untuk menjaga nilai wang kita daripada terhakis oleh inflasi.
Melabur Untuk Bersara Dengan Selesa
Memetik kata-kata daripada Ketua Pegawai Strategik KWSP, Malaysia akan menjadi negara tua dengan jangka hidup rakyat yang semakin panjang. Ini amat merisaukan kerana dijangkakan mereka tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung hari tua mereka dan simpanan KWSP mereka tidak cukup untuk menampung keperluan mereka.
Kita semestinya tidak mahu menjadi salah seorang yang serba kekurangan ketika di lanjut usia nanti. Salah satu cara untuk menghindari perkara tersebut dari berlaku adalah dengan mula melabur di usia muda.
Dengan melabur untuk jangka masa yang panjang dan memilih produk pelaburan yang betul, In shaa Allah anda boleh bersara dengan tenang di kemudian hari nanti.
Melabur Sebagai Sumber Pendapatan Pasif
Selama ini kita bekerja untuk mendapatkan duit, setiap hasil titik peluh kita itu digunakan untuk menampung kehidupan seharian kita. Apa kata kita asingkan sedikit wang tersebut dan gunakan untuk melabur.
Dengan melabur ini sebenarnya kita akan membuatkan duit itu bekerja untuk kita. DUit yang dilaburkan akan beranak-pinak sekaligus menjadi sumber pendapatan kedua untuk kita pada masa akan datang.
Melabur Demi Membantu Anak-anak Menuju Menara Gading
Anak-anak kita tidak diminta untuk dilahirkan, tetapi kita yang membuat keputusan untuk memiliki anak. Oleh itu sudah menjadi tanggung jawab kita memastikan anak-anak kita berjaya ke menara gading.
Kos untuk menghantar anak-anak ke menara gading bukannya sedikit, nak pula jika kita hendak mengantar anak kita ke universiti swasta untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih baik. Jangan pula kita sanggup biarkan anak kita terbeban kepada hutang pembelajaran nanti.
Dengan melabur secara konsisten, pulangan daripada pelaburan itu kelak In Shaa Allah hajat kita untuk melihat anak-anak kita di menara gading akan tercapai .
Sebelum melabur, pastikan anda melabur di tempat yang betul dan tidak terjerumus ke dalam skim pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang dan diakhiri dengan tangisan.
Ya, benar pelaburan ini tidak semestinya menguntungkan, tetapi jika kita langsung tidak melabur, kita sebenarnya tetap akan kerugian juga kerana pencuri sebenar [inflasi] telah lama buat kerja dia. Kita je yang lalai.
Berminat untuk memulakan pelaburan anda dengan kami? Tinggalkan maklumat diri anda dibawah dan pihak kami akan menghubungi anda dengan segera.
Penafian : Past performance does not indicate future result.
Artikel ini ialah pandangan penulis selaku pelabur dan konsultan semata mata. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat. Bakal pelabur perlulah memahami struktur, risiko dan latar belakang pelaburan yang disertai.