Hati-hati, Anda Mungkin Telah Di “Scam” Tanpa Sedar
Thu, 04 Apr 2022
scam

“ Tanpa kita sedari,kita sebenarnya kayakan orang lain dalam usaha merubah kehidupan dan malangnya kehidupan tetap tidak berubah”-mangsa scam

 

 

Dah tahun 2022 tetapi masih ramai yang gagal sedar atau pun masih lagi dalam keadaan cuba menafikan diri yang mereka telah “terkena” atau di scam tanpa sedar.

 Hari ini kita melihat pelbagai iklan baik dari yang menawarkan produk pelaburan menjanjikan pulangan bulan dan bintang sehinggalah kelas kelas premium perniagaan yang menjanjikan formula rahsia kejayaan perniagaan terpampang di ruangan iklan sama ada di alam maya mahupun di billboard jalan raya. 

Ada pelbagai jenis scam yang berleluasa hari ini, dari scam pakej ibadah umrah, waqaf sehingga scam pelaburan keuntungan dijamin setiap bulan dengan istilah jargon pelaburan untuk mengelirukan mangsa.

Benar atau tidak,bukan itu yang nak dihuraikan pada artikel kali ini. Artikel kali ini bertujuan  untuk menyedarkan anda yang masih dalam dibuai janji manis scammer yang anda tidak sedari. 

Apa janji manis yang selalu scammer janjikan kepada mangsa dan bakal mangsa mereka?

Jom teruskan membaca artikel ini sampai habis. 

 

 

 

1.Formula Rahsia Kejayaan Terunggul

Perkara ini bukan baru, malah telah berlaku sejak zaman 90-an lagi dimana akan wujud seorang yang bergelar sifu, guru atau mentor yang mahu membantu anda mengubah hidup anda yang sedia ada. 

Cara mereka mahu menolong anda adalah dengan menjanjikan anda satu formula rahsia yang akan membuat hidup anda berubah 360 darjah. Yang lagi seronok adalah formula rahsia ini akan diberikan kepada anda secara percuma dengan niat memang nak “bantu” anda. 

                         

   2.Keuntungan Yang Dijamin

 


Scam
kedua ini paling ramai terkena. Pantang dengar pelaburan yang memberikan ‘jaminan’ pulangan setiap bulan, dialah orang pertama akan menyertainya. 

Tidak cukup dengan itu, pelaburan scam sebegini biasanya akan membuat skim piramid untuk mangsa mangsa mereka mengajak bakal-bakal mangsa lain untuk menyertainya. 

Dimulakan dengan pulangan setiap bulan seperti dijanjikan untuk menyakinkan mangsa, dan disudahi dengan keghaiban pelaburan tersebut sehingga ramai yang tersontot. 

Ramai yang terkena pelaburan sebegini kerana mahu mencari jalan mudah untuk menjadi kaya . Tetapi sedarlah bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya kecuali anda sememangnya dilahirkan kaya. 

 

3.Testimoni Kejayaan Alumni 

 

Anda mungkin tidak terpedaya dengan umpan awal daripada para scammer ini kerana anda rasa was-was pada mulanya. Ye lah, pelaburan atau sistem tersebut belum tentu terbukti berhasil serta anda mungkin tidak pernah mendengarnya.

Hebatnya, pemikiran anda telah dibaca dengan lebih awal. 

Sebelum anda sempat mengatakan tidak, anda pun dihidangkan dengan kejayaan para alumni yang telah berjaya meraih keuntungan yang luar biasa hebat. Bukan satu testimoni tetapi berpuluh malah mungkin beratus “alumni” yang dihadirkan untuk menyakinkan anda. 

Disini anda mulah goyah, anda juga mahukan perubahan dalam hidup. Dalam hati anda berkata, “sampai bila nak bekerja dari 9 ke 5?”. Dalam senyap, kebencian menjadi pekerja makan gaji mula tertanam dalam hati anda. 

 

4.‘Financial Freedom’ Kadar Segera

 

Selepas anda terhasut membenci kerja anda sekarang, anda akan disuap dengan angan-angan mencapai financial freedom dalam usia muda. Lagi menarik, ada mangsa yang menerima idea itu tanpa tahu apa definisi sebenar  financial freedom.

Anda akan dimomokkan dengan kekayaan bayangan yang dicipta untuk anda terus terbuai mimpi. Mimpi ini jugalah yang anda kongsikan dengan sahabat sahabat dan keluarga terdekat demi sejumlah referral fee. 

Apabila pelaburan tersebut terbukti penipuan, anda menjadi mangsa, dibenci dan dicaci orang sekeliling anda. Lebih malang lagi jika anda menjadi tahi hutang selepas pelaburan anda tadi musnah. 

Ada yang telah tersedar bahawa dia telah di “scam”?

Atau masih mahu menafikannya? 

Jangan salah faham, bukan semua pelaburan atau kelas berbayar itu scam, ada pelaburan yang betul tetapi di ‘mislead’ oleh agen yang tak berguna. Ada juga kelas berbayar yang sangat bagus tetapi dihentam asbab kedengkian. 

Semoga kita semua terhindar dari angkara para scammer ini.

Ada banyak lagi penipuan yang kami akan huraikan dengan lebih terperinci pada artikel-artikel kami yang akan datang. Jika anda mahukan lebih banyak artikel pendidikan seperti ini, bantu kami kongsikan kepada sahabat-sahabat anda.

 

 

Info Menarik :

Lupakan China?  , Melabur Di US serendah RM 100Private Mandate Inter – Pacific Asset Management, china bakal kuasa ekonomi terbesar dunia,masih selamatkah melabur di China?

 

Follow us: