Kini Anda Semua Pun ‘Mampu’ Melabur Dalam Private Mandate Phillip Capital
Thu, 04 Apr 2022

 

“Kini anda boleh memulakan pelaburan anda dengan perkhidmatan profesional bermula daripada RM5,000 sahaja”

Produk pelaburan private mandate mula mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia sejak dua tahun lepas. Dengan perkhidmatan profesional untuk menguruskan pelaburan saham pelabur, perkhidmatan ini seperti pucuk dicita ulam mendatang kepada rakyat Malaysia.

Apa Itu Private Mandate?

Private mandate ini merupakan satu perkhidmatan daripada golongan profesional atau lebih dikenali sebagai pengurus dana (fund manager) yang menguruskan dana anda secara khusus mengikut tahap penerimaan risiko anda. 

Berbeza dengan produk unit trust dimana pengurus dana telah menetapkan set pelaburan tertentu dan pelabur hanya melabur mengikut apa yang telah ditetapkan oleh fund manager, private mandate ini pula akan dilaburkan mengikut selera risiko pelabur masing-masing.

Ini bermakna, setiap pelabur akan mempunyai portfolio pelaburan yang berbeza-beza mengikut kriteria dan kesesuaian pelabur sendiri. Seumpama anda menempah baju daripada tukang jahit profesional yang akan mengukur dan menjahit baju mengikut bentuk badan anda. Menarik bukan? 

Kali ini kami mahu berkongsi kepada anda satu produk private mandate daripada Phillip Capital yang masih ramai belum tahu.

Jom teruskan membaca.

 

Siapa Phillip Capital ?

Phillip Capital merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan pelaburan yang berpangkalan di Singapura sejak tahun 1975 lagi. 

Bermula sebagai broker saham yang dikenali sebagai Phillip Securities, Phillip Capital hari ini telah melebarkan sayapnya ke pelbagai negara  yang lain dengan menawarkan pelbagai produk pelaburan yang menarik dan berinovatif. 

Setakat Disember tahun 2021, aset keseluruhan dibawah pengurusan Phillip Capital bernilai USD44.0 bilion dan aset dibawah pengurusan di Malaysia sahaja telah mencecah sehingga USD8.92 bilion.

Syarikat ini juga merupakan syarikat yang berlesen dibawah penyeliaan pihak Pesuruhjaya Sekuriti Malaysia sejak tahun 2007 untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia. 

 

Apa Yang Best Melabur Di Private Mandate Phillip Capital ?

Di Malaysia, tak banyak syarikat pengurusan dana yang ada produk private mandate dengan modal yang rendah. Biasanya bank pelaburan yang menawarkan produk ini bermula dengan modal yang sangat besar sekitar RM2,000,000 ke atas. 

Phillip Capital merupakan antara syarikat pengurus dana yang menawarkan perkhidmatan yang sama hebat, tetapi dengan modal yang jauh lebih rendah. 

Bukan itu sahaja, banyak lagi perkara yang best bila melabur dengan Phillip Capital . Jom kita lihat apa benda yang best sangat sekiranya anda membuka akaun  di Phillip Capital .

  1. Produk Yang Pelbagai Untuk Pilihan Pelabur

Di Phillip Capital, syarikat ini menawarkan produk pelaburan yang pelbagai untuk dipilih oleh para pelabur. Secara keseluruhannya, terdapat lebih 19 produk pelaburan dan 11 daripadanya adalah produk yang patuh syariah. 

Jadi pelabur tidak hanya ada satu, tetapi 6 pilihan untuk melabur secara tunai dan 5 pilihan lagi untuk melabur dengan simpanan KWSP akaun 1. 

  1. Melabur Terus Di Pasaran Saham Dengan Dana KWSP 

PMART atau Phillip Managed Account merupakan alternatif pencarum KWSP untuk melabur secara terus di pasaran saham dengan perkhidmatan daripada profesional. 

Jangan risau, pelaburan dengan dana daripada simpanan KWSP ini tidak dilaburkan kepada instrumen atau saham yang sangat berisiko. Dana akan dilaburkan kepada instrumen yang dibenarkan oleh KWSP sendiri sahaja. 

Yang bestnya, anda dapat melihat dana anda tadi digunakan untuk membeli saham apa secara terperinci melalui portal online yang disediakan oleh  pihak Phillip Capital.

 

  1. Boleh Pantau Portfolio Secara Online

 

Antara kelebihan yang paling best melabur dengan Phillip Capital ialah anda boleh melihat dan memantau pelaburan yang diuruskan oleh fund manager anda secara online pada bila-bila masa secara live!

Jadi tak perlulah anda menunggu penyata pelaburan setiap hujung bulan seperti perkhidmatan daripada syarikat lain. Kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat penyata pelaburan nak dapat. 

  1. Bermula Dengan Serendah RM5,000 Sahaja

 

Phillip Capital juga menawarkan produk pelaburan dengan permulaan serendah RM5,000 untuk pelabur memulakan pelaburan mereka dengan PhillipCapital ini. 

Yang bestnya lagi, pelaburan serendah RM5,000 ini boleh dibuat secara online sahaja. Tetapi jangan lupa dapatkan referral code agen pilihan anda untuk memudahkan urusan anda di masa hadapan. 

Untuk memulakan pelaburan anda dengan Phillip Capital, sebaiknya anda dapatkan maklumat penuh tentang produk yang ditawarkan oleh Phillip Capital melalui wakil pemasaran yang bertauliah.

Atau anda boleh tinggalkan maklumat anda dibawah dan Marketing Representative kami akan menghubungi anda dengan segera. 

Info Menarik :Hati hati,anda munkin telah di ‘scam’ tanpa sedar , Lupakan China?  , Melabur Di US serendah RM 100Private Mandate Inter – Pacific Asset Management, china bakal kuasa ekonomi terbesar dunia,masih selamatkah melabur di China?

Artikel ini ialah pandangan penulis selaku pelabur dan konsultan semata mata. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat. Bakal pelabur perlulah memahami struktur, risiko dan latar belakang pelaburan yang disertai.

Follow us: