Private Mandate
Selain melabur sendiri di dalam pasaran saham, ramai golongan professional yang sibuk dengan kerjaya hakiki berminat mendapatkan khidmat langsung pengurus dana untuk melabur ke pasaran saham bagi pihak mereka. Di sinilah instrumen seperti Private Mandate memberikan solusi.
Terkenal sejak 2020, kini sudah 2023, bagaimana prestasi Private Mandate sekarang?
Prestasi Terkini Private Mandate
Sebagai peringatan, Private Mandate adalah jenis produk pelaburan yang ditawarkan. Terdapat pelbagai jenis Private Mandate yang diuruskan oleh syarikat pengurusan aset di Malaysia. Sama juga seperti Unit Trust, ada banyak jenis dan dikeluarkan oleh banyak syarikat.
Dalam artikel ini, kita akan melihat khusus prestasi Private Mandate PGWA QUANT. Maklumat lanjut, baca di sini; PQWA Quant Perform Better?
Setakat Disember 2022, Private Mandate Quant kini telah mencatatkan pulangan sebanyak 33.23%!
Jika dibandingkan dengan prestasi setahun indeks pasaran utama dunia, Private Mandate Quant ini menawarkan potensi yang jauh lebih tinggi.
Indeks/Mandate | Prestasi Setahun |
Private Mandate Quant | 33.23% |
DJIM | -25.53% |
Dow Jones | -3.01% |
S&P 500 | -6.65% |
Hang Seng | 12.27% |
Mengikut prestasi portfolio, sejak mula diperkenalkan pada September 2019, Private Mandate PGWA Quant telah mencatatkan kenaikan sebanyak 93.5%. Jika RM500,000 dilaburkan awal ke dalam Quant ini, pelabur kini boleh menikmati jumlah modal dan profit yang hampir mencecah Rm1,000,000!
93.5% ini adalah net return, bermakna selepas ditolak caj-caj yang berkaitan.
Walaupun mula diperkenalkan di Malaysia pada 2019, konsep dan strategi yang diguna pakai dalam Private Mandate PGWA QUANT ini telah mula digunakan di Singapura sejak 5 tahun lepas, sebelum dibawa masuk untuk memenuhi keperluan pelabur di Malaysia.
Portfolio Pelabur Semasa
Di bawah ini ialah contoh portfolio salah seorang pelabur dalam Private Mandate PGWA QUANT. Pelabur ini mula melabur pada Februari 2022 dengan modal permulaan sebanyak RM51,584. Nilai semasa portfolio pelabur setakat Januari 2023 ialah RM 65,264. Peratusan keuntungan yang diperoleh adalah sekitar 21%.
Bagaimana Boleh Capai Profit 33%?
Mengikut pengurus portfolio Private Mandate PGWA QUANT, setiap tahun, terdapat topik tertentu yang menjadi ‘tema’ dalam pelaburan tahun tersebut. Pada 2022, temanya adalah ‘inflasi yang tinggi’, ‘kenaikan kadar faedah’ dan ‘perang Rusia – Ukarine’.
Berdasarkan tema tersebut, pengurus portfolio akan memasukkan kriteria saham tertentu ke dalam sistem Quant dan ia akan menyaring saham di seluruh pasaran dunia mengikut kriteria dan menganalisis saham apa yang berkemungkinan menerima kesan positif daripada krisis global yang berlaku.
Kaedah Quant ini bukanlah kaedah baru, malah ia turut diguna pakai oleh beberapa firma Quant terkenal di dunia. Berikut adalah firma pengurusan aset yang turut mencatat keuntungan pada 2022 menggunakan kaedah yang sama walaupun dalam bear market;
Strategi Quant | Pulangan YTD (Setakat November 2022) |
AQR Absolute Return | 40.9% |
Aspect Diversified | 37.9% |
The Lynx Progam | 33.1% |
Systematica Blue Trend | 29.7% |
Wadhwani Trend Plus | 29.4% |
High Risk, High Return
Walaupun tahun lepas PGWA QUANT ini agak memberangsangkan, perlu diingatkan bahawa pelaburan sebegini juga terdedah pada risiko turun naik pasaran saham kerana wang anda dilaburkan ke dalam pasaran saham serata dunia. Oleh itu, ia sesuai bagi pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi serta mampu untuk mengekalkan pelaburan untuk jangka masa tertentu seperti 5 tahun dan ke atas.
Private Mandate Rugi?
Sudah menjadi adat dalam pelaburan, bukan semua jenis Private Mandate boleh menguntungkan. Dalam pasaran saham, terdapat sektor yang naik dan turun mengikut kitaran. Ini yang dipanggil sector rotation. Berdasarkan kitaran ini, ada sektor yang akan untung dalam satu tempoh dan rugi dalam tempoh yang lain.
Ekonomi bergerak dalam kitaran yang boleh dijangkakan berdasarkan faktor-faktor tertentu. Strategi PGWA QUANT walaupun terbukti berkesan setakat ini, namun tiada jaminan ia akan berkekalan dalam tempoh kitaran akan datang.
Pada 2022, inflasi dan kenaikan kadar faedah mendominasi pasaran yang menyebabkan sektor teknologi merudum teruk. Private Mandate yang mengkhusus dalam sektor teknologi mencatat kerugian sepanjang 2022 akibat faktor ekonomi ini. Namun, sudah pastinya apabila kenaikan kadar faedah mula diperlahankan dan kadar inflasi menurun, sektor teknologi akan pulih semula.
Melabur Dalam Private Mandate Quant
Untuk pelabur yang berminat, minimum pelaburan adalah RM50,000. Sila tinggalkan maklumat diri anda untuk kami hubungi bagi penerangan lanjut.
Penafian : Past performance does not indicate future result.
Artikel ini ialah pandangan penulis selaku pelabur dan konsultan semata mata. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat. Bakal pelabur perlulah memahami struktur, risiko dan latar belakang pelaburan yang disertai.