PGWA QUANT :solusi pelaburan untuk golongan profesional yang sibuk
Melabur dalam pasaran saham adalah berisiko tinggi tanpa ilmu pengetahuan yang betul. Pelaburan yang dibuat dengan cara terikut-ikut orang, trend atau buy call tanpa membuat penilaian sendiri (due diligence), cenderung untuk membawa kerugian. Disebabkan inilah 90% peratus pelabur baru rugi dalam pasaran saham.
Sepertimana proses untuk mendalami sesuatu ilmu atau kemahiran, melabur dalam pasaran saham memerlukan pelabur untuk mempelajari dahulu kaedah pelaburan yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai. Namun disebabkan kekangan masa kerana kesibukan bekerja, dinamik pasaran yang sentiasa berubah, rasa takut untuk melabur kerana kurang mahir menilai risiko serta merasakan pasaran saham terlalu rumit, ramai pelabur terlepas peluang untuk mendapatkan potensi keuntungan yang boleh ditawarkan oleh pasaran saham di Bursa Malaysia mahupun global.
Berita baik buat semua, masih ada solusi yang boleh menjadi jalan pintas bagi semua permasalahan tadi. Antaranya ialah ,Private Mandate yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pengurusan pelaburan yang berdaftar dengan Security Commission.
Apa itu Private Mandate?
Private Mandate ialah pelaburan yang disediakan oleh syarikat pengurusan pelaburan untuk menguruskan pelaburan para pelabur. Untuk pemahaman mudah, andaikan sahaja yang kita mempunyai modal dan kita memberi mandat kepada penurus dana untuk menguruskan portfolio pelaburan kita.
Portfolio pelaburan kita(sama ada dalam saham, unit amanah atau ETF) akan diuruskan oleh pengurus dana berlesen. Dalam Private Mandate sendiri, terdapat pilihan untuk pelabur memilih sama ada untuk melabur ke pasaran saham Malaysia, Asia Pasifik, China dan Global (NYSE, NASDAQ, ASX, LSX dll)
Pelaburan Quant (Quant Investing) ke Pasaran Global
Setakat Q1 2022 , ada lebih 60 bursa saham di seluruh dunia dengan jumlah syarikat tersenarai sebanyak 58,200 di semua pasaran. Persoalannya, bagaimana mahu menyemak jutaan data syarikat bagi mencari saham yang berkualiti? Amat rumit bagi yang melakukannya secara manual. Masalah inilah yang ingin diselesaikan melalui Quant Investing.
Quant Investing, atau juga dikenali sebagai Systematic Investing, adalah pendekatan pelaburan yang menggunakan pemodelan matematik lanjutan, sistem komputer dan analisis data untuk mengira kebarangkalian optimum membuat trade yang menguntungkan.
Pendekatan ini digunakan dalam PGWA QUANT di bawah Phillip Capital, dengan fokus kepada pasaran saham global yang mana kriteria pemilihan saham ditetapkan oleh pengurus dana. Data-data syarikat yang terlampau banyak boleh menyebabkan human error jika kajian dibuat secara manual, Quant Investing bertindak sebagai alat untuk memudahkan pengurus dana menumpukan pada senarai pendek saham berkualiti mengikut kriteria yang telah dipilih.
Contoh Portfolio Pelabur
Rajah di bawah menunjukkan contoh portfolio Pelabur A yang melabur dalam PGWA Quant di bawah Phillip Capital. Pelabur A melabur sebanyak RM 50,000 (SGD 15,960) pada awal Februari 2022. Setakat September 2022, nilai semasa portfolio Pelabur A tadi telah meningkat kepada SGD 18,461. Dalam masa 7 bulan melabur, portfolio Pelabur A boleh dikatakan sangat memberangsangkan dengan nilai pulangan semasa tercatat sebanyak -+18% walau pun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu serta kesan kenaikan kadar faedah yang menjatuhkan kebanyakan pasaran saham dunia ketika ini.
Daripada portfolio Pelabur A, boleh dilihat bahawa perincian pasaran mengikut geografi merangkumi 6 pasaran berbeza iaitu Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain. 85% peratus dana dilaburkan ke dalam ekuiti dan 15% lagi dalam bentuk tunai. Para pelabur tidak perlu bimbang mengenai pemilihan saham kerana portfolio ini diuruskan sepenuhnya oleh pengurus dana, perinciannya boleh berubah ubah mengikut keadaan pasaran saham semasa.
Rajah 2: Contoh peruntukan pasaran (market allocation) dalam Private Mandate Global
-+18% kenaikan modal sejak 3 Februari 2022 sehingga September 2022 adalah jauh mengatasi indeks pasaran secara keseluruhan. Dikala pasaran saham ‘bermandikan darah’ akibat kesan kenaikan kadar faedah, perang Rusia – Ukraine serta kenaikan kadar inflasi di seluruh dunia, melalui PGWA Quant, Pelabur A masih lagi mampu mencatat keuntungan dalam pelaburan saham.
Berikut adalah perbandingan kenaikan portfolio Pelabur A berbanding bursa saham lain dunia, termasuk bursa Malaysia, dalam tempoh yang sama;
New York Stock Exchange (NYSE), – 8.91%
NASDAQ, -11.6%
Hap Seng Indeks China (HSI) -22.5%
Kuala Lumpur Stock exchange (KLSE) -5.77%
Value Investing, terbukti mampan dalam pasaran tak menentu
Pasaran saham masih lagi ‘berdarah’, kenapa Pelabur A masih boleh untung dalam portfolio Private Mandate?
Walaupun pasaran jatuh secara keseluruhan, masih terdapat banyak saham syarikat yang mendapat manfaat daripada sentimen semasa, serta masih ada lagi syarikat yang membuat keuntungan secara konsisten serta mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh .Ini adalah antara kriteria yang disaring di dalam Quant Investing.
Syarikat sebegini biasanya menjadi pilihan untuk jangka masa panjang kerana kemampuan syarikat untuk bertahan dalam semua kitaran ekonomi. Pendekatan Value Investing yang dipelopori pelabur terkaya dunia, Warrent Buffet ini masih kekal menjadi antara kaedah pelaburan paling selamat untuk jangka masa panjang.
Labur Ketika Pasaran Beri ‘Diskaun’
Berbanding dengan kebanyakan pelabur biasa yang ‘menjauh’ daripada pasaran saham ketika pasaran bear(jatuh), pelabur bijak akan melihat kejatuhan ini sebagai peluang besar untuk membeli ketika harga murah.
Inilah juga antara yang disaring oleh sistem Quant, saham syarikat undervalue yang mana fundamental syarikat tidak berubah tetapi kejatuhan pasaran memberi harga diskaun kepada saham tersebut.
PGWA Quant di bawah Phillip Capital ini amat sesuai untuk pelabur yang;
- Mahu ‘diversify’ ke pasaran global
- Mempunyai matlamat jangka masa panjang (5 tahun ke atas)
- Mempunyai modal tapi sibuk untuk urus pelaburan
- Mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan faham keadaan pasaran
- Patuh Shariah
Modal pelaburan Phillip Global Wrap Account Quant sebelum ini bermula dengan minimum RM100,000. Atas permintaan ramai pelabur yang berminat, pelaburan minimum diturunkan kepada RM50,000.
Dana yang cukup rendah untuk akses kepada saham seluruh dunia.
Caj Jualan yang Rendah
Walaupun melabur ke pasaran global, caj jualan yang dikenakan adalah rendah jika dibandingkan dengan platform yang sejenis dengannya iaitu hanya serendah 3% sahaja. Caj pengurusan pula hanya sekitar 1.5% setahun. Lebih tinggi jumlah pelaburan, lebih rendah caj tahunan yang dikenakan.
Seperti Private Mandate yang ditawarkan oleh syarikat pengurusan aset yang lain, Private Mandate di bawah Phillip Capital juga mengenakan caj prestasi (performance fee), namun antara yang terendah.
Pelabur akan menerima dahulu 1% keuntungan yang dibuat oleh dana mereka sebelum lebihannya dikenakan caj prestasi sebanyak 10%. Caj dikenakan secara high-water mark, bermakna dalam setahun pelaburan, pelabur hanya dikenakan caj setiap suku tahun jika nilai pasaran adalah melebihi nilai pasaran suku tahun sebelumnya.
Tiada caj pengeluaran dikenakan ke atas pelabur.
Apa pandangan anda selaku pelabur?
Untuk maklumat lanjut, anda boleh tinggalkan maklumat anda dibawah dan Marketing Representative kami akan menghubungi anda dengan segera.
Info Menarik :Private Mandate Phillip Capital , Hati hati,anda munkin telah di ‘scam’ tanpa sedar , Lupakan China? , Melabur Di US serendah RM 100, Private Mandate Inter – Pacific Asset Management, china bakal kuasa ekonomi terbesar dunia,masih selamatkah melabur di China?
Disclaimer: Prestasi lalu bukan jaminan masa hadapan. Artikel ini ialah pandangan penulis selaku pelabur dan konsultan semata mata.Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat. Pelabur perlu memahami struktur,toleransi risiko dan kewangan peribadi masing-masing sebelum membuat keputusan untuk melabur.