Perdana Menteri Malaysia Ke 9
Sun, 08 Aug 2021

BIODATA

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Tempat lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan

• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Kerjaya/Perkhidmatan

• 1985 – Peguam
• 1995 – 1999 – Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
• 2008-2009 – Menteri Belia dan Sukan
• 9 April 2009 – 2013 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
• 2013 – 2015 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2015 – 2018 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• 12 Mac 2020 – Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
• 7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah

1987 – Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 – Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 – Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 – Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Politik

1987 – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 – Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 – Timbalan Ketua Bahagian
2004 – Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang

Anugerah

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2020)

LANTIKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Mengikut laporan,seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera) dan ia merupakan jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

HARAPAN KAMI

Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri 🇲🇾 Malaysia ke-9.

Berkhidmatlah dengan cemerlang dan penuh dedikasi. Kami sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan negara kita yang tercinta.

Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Info menarik: Melabur Di US serendah RM 100 , Private Mandate Inter – Pacific Asset Management,china bakal kuasa ekonomi terbesar dunia,masih selamatkah melabur di China?

Follow us: