Masih Selamatkah Melabur Di China?
Thu, 08 Aug 2021

Pasaran China

Salah satu pasaran saham China, iaitu Shanghai Stock Exchange (SSE), merupakan pasaran saham terbesar di Asia dan yang ketiga terbesar di dunia selepas dua pasaran saham US iaitu New York Stock Exchange (NYSE) dan NASDAQ dengan Market Capitalization sebanyak $7.62 trilion USD (pada Ogos 2021). Selain SSE, China juga turut memiliki dua pasaran saham lain iaitu Hong Kong Stock Exchange (HKEX) dan Shenzhen Stock Exchange (SZSE).

Dari segi ekonomi, China juga merupakan ekonomi kedua terbesar dunia dan negara pengeluar terbesar di dunia selama 11 tahun berturut-turut dengan nilai industri mencecah $4.84 trilion. Industri pengilangan China menyumbangkan 30% daripada industri pengilangan global.

Sebagai pasaran saham terbesar Asia, melihatkan daripada data-data aktiviti ekonomi China, terdapat potensi pulangan bagi pelabur yang mahu mencari peluang. Pelabur tempatan juga boleh mempertimbangkan China sebagai salah satu destinasi pelaburan.

Kawalan pasaran saham China yang ketat

Umum mengetahui bahawa pasaran saham China sangat dikawal ketat oleh Kerajaan China. Peraturan demi peraturan yang diperkenalkan oleh Kerajaan China boleh menjadi salah satu sebab pelabur teragak-agak sama ada mahu memasuki pasarannya atau tidak, lebih-lebih jika melabur saham secara individu kerana risikonya lebih besar.

Sekitar Julai lalu, pasaran saham China jatuh disebabkan beberapa peraturan baru dan tindakan keras oleh kerajaan China. Hal ini menimbulkan kebimbangan serius kepada pelabur saham China khususnya bagi saham-saham syarikat teknologi seperti Alibaba, JD.Com, Meituan, Baidu dsb.

Secara ringkas, apa yang berlaku ialah isu anti-trust, isu monopoli, pengenalan peraturan pekerja baru dan pengenalan peraturan yang mewajibkan syarikat tuisyen menjadi syarikat bukan berasaskan keuntungan. Pengenalan peraturan-peraturan ini menyebabkan saham syarikat China yang berkaitan jatuh.

Kerajaan China tidak membenarkan monopoli oleh mana-mana syarikat. Alibaba dianggap melanggar peraturan monopoli kerana platformnya yang hanya membenarkan penggunaan produk dan servis Alibaba secara menyeluruh.

Apa prospek bagi pelabur?

Isu anti-trust dan monopoli ini bukanlah isu baru dan tidak hanya berlaku di China. Malah di US, banyak syarikat gergasi teknologi juga berdepan isu sama dan selagi teknologi terus berevolusi, syarikat-syarikat berkaitan teknologi akan terus dilanda isu sebegini kerana peraturan semasa belum cukup untuk menampung kemunculan pantas teknologi baru dengan tembusan privasi kepada pengguna.

Microsoft sebagai contoh pernah disaman oleh kerajaan US pada 1990 kerana dianggap cuba memonopoli pasaran komputer peribadi. Google tahun lalu berdepan tiga saman berkaitan anti-trust kerana dituduh menggunakan anti-competitive behaviour untuk mengekalkan monopoli Google Search dan Google Advertising. Apple juga tahun ini berdepan saman daripada Epic Games kerana isu monopoli dalam infrastruktur aplikasi telefon pintarnya.

Adakah saham-saham syarikat ini jatuh lama apabila isu sebegini muncul? Tidak. Kebiasaannya, selepas persetujuan dicapai dan syarikat mematuhi peraturan yang ditetapkan, apa yang berlaku ialah ‘bussines as usual’. Isu sebegini bersifat sementara dan walaupun menjejaskan saham syarikat ketika tempoh tersebut, ia adalah isu yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat antara syarikat dan memastikan hak pengguna.

Dengan kejatuhan harganya sekarang, ia sebenarnya satu peluang bagi pelabur untuk ‘buy low, sell high.’

Harga sahaja yang jatuh, namun, kualiti dan perniagaan syarikat-syarikat ini tidak terjejas.

source: fund fact sheet

5 pegangan tertinggi dalam dana ini ialah:

  • Alibaba Group
  • Tencent Holdings
  • Taiwan Semiconductor manufacturing Co. (TSMC)
  • Meituan
  • JD.com Inc

Pergerakan harga saham bagi 5 pegangan tertinggi dana ini dalam masa 5 tahun adalah seperti berikut:

Saham SyarikatHarga Pada 2016Harga Pada 2021Peratus Pulangan
AlibabaHKD 198.40HKD 164.40(17.14%)
TencentHKD 200.40HKD 474.20136.73%
TSMCTWD 177TWD 585230.51%
MeituanHKD 72.10HKD 227.40215.12%
JD.comHKD 233.60HKD 29124.32%

Umum bagi mana-mana pelaburan, dalam jangka masa pendek, sukar melihat keuntungan yang significant. Tetapi, dalam tempoh 3 ke 5 tahun, dalam Unit Trust khususnya, pulangan yang tinggi adalah tidak mustahil. Harga saham atau NAV dalam unit trust memang sentiasa turun naik, tetapi asas mana-mana saham atau dana ialah syarikat yang beroperasi dan asalkan track record syarikat serta aspek pertumbuhannya adalah bagus, harga saham atau NAV dana boleh menunjukkan nilai positif dalam jangka masa panjang.

Ketika kejatuhan harga ini, sangat sesuai bagi pelabur untuk cepat cepat mengambil peluang melabur pada harga ‘rendah’ dan tunggu sahaja ia memberi pulangan.

Bagi ‘Regular Saving Plan’ atau RSP, jumlah pelaburan minimum sebulan hanyalah serendah RM 100. Bagi pelaburan secara Tunai (lump sum) atau melalui akaun 1, jumlah permulaan yang diperlukan hanyalah serendah RM 1000.

Inginkan penerangan dan maklumat lanjut berkaitan dana unit trust ini?

Tinggalkan maklumat anda untuk kami hubungi.

Bacaan lain : : Melabur Di US serendah RM 100 , Private Mandate Inter – Pacific Asset Management

Penafian: prestasi lepas tidak menjanjikan pulangan pada masa akan datang.

Perkongsian ini adalah hasil pandangan penulis selaku pelabur dan juga konsultan. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat.

Follow us: