China Kembali Lockdown: Lupakan pasaran China?
Tue, 03 Mar 2022

Peningkatan Covid di China 

Situasi COVID-19 di China terus memuncak dengan lebih 20 wilayah dan bandar telah mengenakan larangan perjalanan dan sekatan pergerakan. Di tanah besar China, ribuan kes dilaporkan setiap hari dan jutaan penduduk di wilayah timur laut Jilin dikenakan perintah berkurung, kali pertama China mengeluarkan larangan ke seluruh bahagian wilayah sejak awal serangan wabak ini di Wuhan dua tahun lalu.

Menurut Presiden China, Xi Jinping, Beijing akan terus berpegang kepada polisi ‘sifar Covid-19’. Polisi ini bagaimanapun memberi tekanan kepada kerajaan tempatan yang kekurangan bajet dalam membendung wabak, diburukkan lagi dengan peningkatan kos penjagaan kesihatan. China sedang berdepan kenaikan kes terbesar dalam dua tahun ini dengan kebanyakan bandar mengenakan sekatan perjalanan, termasuklah bandar pusat teknologi, Shenzhen, yang mana menggoyahkan kestabilan ekonomi dan mengganggu rantaian bekalan global.

 

Satu Pertiga Kapasiti Pembuatan Dunia Berpengkalan Di China

 Perang, inflasi dan lockdown di China adalah faktor terbesar yang memburukkan gangguan rantaian bekalan. Dunia belum lagi pulih daripada impak lockdown di kebanyakan negara pada 2020 dan 2021, lockdown di China kini hanya memburukkan situasi.

Syarikat di kebanyakan wilayah yang terkesan diminta untuk menutup kilang dan membenarkan pekerja bekerja dari rumah, kecuali bagi sektor perkhidmatan penting seperti makanan dan utiliti.

Antara syarikat yang akur dengan arahan penutupan sementara ialah Foxconn, pengeluar iPhone bagi Apple, kilang Toyota di bandar Changchun, wilayah Jilin dan pengeluar kereta Jerman, Volskwagen. Beberapa kilang kini telah kembali beroperasi walau tidak sepenuhnya.

Antara eksport teratas China kepada dunia adalah barangan elektronik, teknologi pemprosesan data, pakaian dan tekstil, peralatan optik dan perubatan.

China kekal sebagai kuasa pembuatan terbesar dunia untuk 11 tahun berturut-turut sejak 2010, selepas mengambil alihnya daripada Amerika Syarikat. Menurut data dikeluarkan oleh United Nations Statistics Division, China menyumbang lebih 28% daripada pengeluaran global, meletakkannya lebih 10 peratus lebih tinggi di depan Amerika Syarikat.

 

                             Sumber: Statista.com

 

 

Saiz Pasaran Dan Potensi Pertumbuhan

 Pada 2021, Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestik Product (GDP) China meningkat sebanyak 8.1% untuk mencapai AS$18 trilion . Dengan pertumbuhan ini, ekonomi China melepasi keseluruhan 21 negara Kesatuan Eropah yang berjumlah AS$15.7 trilion.

British Consultancy Centre for Economics and Business Research (CEBR) mengunjurkan ekonomi China akan terus berkembang pada 5.7 peratus setahun hingga 2025 dan kemudian 4.7 peratus hingga 2030, di mana ia akan mengatasi AS untuk menjadi ekonomi terbesar dunia. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih perlahan berbanding jangkaan sebelum ini, namun ia mencerminkan peralihan China ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

 

Inovasi dan Industri Memuncul (Emerging Markets)

 Perbelanjaan China untuk penyelidikan dan pembangunan adalah bersamaan dengan kira-kira 2.5% daripada KDNK, yang mana jauh lebih tinggi berbanding negara lain pada tahap pembangunan yang sama. Perbelanjaan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan model perniagaan yang dinamik dan inovasi dalam bidang seperti e-commerce, Fintech dan kecerdasan buatan (AI) yang mana berdaya saing, atau malah mengatasi negara ekonomi maju seperti AS.

Satu kelebihan unik dalam inovasi yang didorong oleh data di China ialah populasinya yang menggunakan Internet. China mempunyai hampir satu bilion pengguna Internet, yang mana melebihi gabungan pengguna Internet AS dan Kesatuan Eropah. Kira-kira 800 juta orang di China menggunakan pembayaran mudah alih setiap hari, yang mana lapan kali ganda lebih tinggi berbanding AS. Hal ini meletakkan China sebagai pendahulu dunia dalam industri Fintech.

 Capaian kepada teknologi China tidak terhad kepada pasaran domestik sahaja. Sebagai contoh, TikTok, milik syarikat Bytedance, kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna. Ini menjadikan TikTok platform media sosial keenam paling banyak digunakan di dunia, mengatasi platform yang lebih lama seperti Twitter, Snapchat dan Pinterest.

 

Mengapa pelabur tidak boleh mengetepikan China sebagai pasaran pelaburan?

 China masih mempunyai banyak ruang untuk pertumbuhan ekonomi. Sebagai pasaran saham terbesar di Asia, pelabur institusi dan pelabur dengan kapasiti besar tidak boleh melepaskan peluang untuk melabur di China kerana potensinya yang besar, meskipun pasarannya dikawal ketat oleh kerajaan dan tindakan kerajaan sangat mempengaruhi turun naik pasaran.

Sebagai strategi pelaburan, pelabur runcit juga boleh turut serta melabur di pasaran saham China melalui dana Unit Amanah. Ia juga sebagai salah satu cara pengurusan risiko dan memberi diversifikasi secara automatik.

Dengan lebih 4,000 syarikat yang tersenarai di kedua-dua bursa Shanghai Stock Exchange (SSE) dan Shenzhen Stock Exchange (SZSE), serta permodalan pasaran gabungannya yang mencapai USD 12 trillion, pelaburan melalui Unit Amanah menawarkan peluang pertumbuhan berpotensi baik bagi pelabur yang positif dengan negara yang bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia ini.

 

Apa pandangan anda selaku pelabur ?

Untuk maklumat lanjut mengenai dana ini, tinggalkan butiran anda untuk kami hubungi.

 

 


Info Menarik :Hati hati,anda munkin telah di ‘scam’ tanpa sedar , Lupakan China?  , Melabur Di US serendah RM 100Private Mandate Inter – Pacific Asset Management, china bakal kuasa ekonomi terbesar dunia,masih selamatkah melabur di China?

 

 

 

Penafian : Past performance does not indicate future result

Artikel ini ialah pandangan penulis selaku pelabur dan konsultan semata mata. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat. Bakal pelabur perlulah memahami struktur, risiko dan latar belakang pelaburan yang disertai.

Follow us: