Biasa yang kita dengar adalah pelaburan ke dalam Unit Trust melalui Akaun 1.
Pilihan pula sama ada invest;
a) invest sendiri melalui platform i-invest
2) melalui Unit Trust Consultant yang berdaftar
Selama ini tiada pilihan untuk melabur terus ke pasaran saham US, yang ada hanyalah melalui Unit Trust yang ada exposure ke pasaran US.
Berita baik untuk semua, baru-baru ini salah satu UTMC yang berdaftar melalui Security Commission baru saja mendapat kelulusan bagi membolehkan mereka membantu para pencarum yang layak untuk sama sama melabur terus ke dalam saham-saham yang diapungkan di US melalui portfolio yang dipanggil Quant US Equity Portfolio.
Dengan portfolio yang berpangkalan di US, pelabur berpeluang melipat gandakan prestasi portfolio mereka berbanding hanya dengan mendapat exposure di dalam pasaran tempatan.
Kenapa perlu melabur ke pasaran Saham US?
Ada banyak sebab kenapa kita sangat perlu mempertimbangkan untuk melabur di US.
Pertama,
dengan market capitalization sebanyak $56 trillion, pasaran saham US adalah pasaran saham terbesar dengan kecairan tertinggi di dunia. Banyak peluang pelaburan yang boleh direbut oleh pelabur daripada syarikat yang sudah well-established atau pun start-up. Setakat Januari 2023, nilai saham yang tersenarai di bursa saham US membentuk 42% daripada jumlah saham global.
Kedua,
ekonomi US adalah antara kuasa ekonomi terkemuka dunia sejak 1871 dengan KDNK melebihi $22.3 trilion pada 2022. Bermakna, pasaran pengguna di US dan keuntungan korporatnya adalah kukuh.
Ketiga,
US mempunyai sistem politik dan perundangan yang stabil yang melindungi hak pelabur dan memastikan ketelusan dalam pasaran kewangan. Selain itu, US Securities Commission (SEC) mengawal selia pasaran saham US, menyediakan pengawasan dan menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah penipuan dan memastikan perdagangan yang adil.
Keempat,
pasaran saham US menyediakan kepelbagaian portfolio kepada pelabur tempatan, Dengan melabur dalam rangkaian meluas saham US, pelabur boleh mengurangkan risiko dan berpotensi meningkatkan prestasi portfolio keseluruhan mereka.
Kelima,
10 syarikat terbesar di dunia tersenarai di pasaran US. Ini melambangkan pasaran pengguna dan keuntungan korporat yang terus bertumbuh di US.
Keenam,
pasaran US adalah pasaran saham yang paling banyak dikaji oleh ahli ekonomi, penganalisis, pelabur dan pengurus dana di selurh dunia. Oleh itu, ia memberikan jutaan data yang sangat bernilai bagi model Quant yang diusahakan oleh Phillip Capital dalam mengenal pasti pelaburan dalam pasaran.
Prestasi Melabur di US
Menggunakan strategi dalam portfolio Quant sebelum ini, syarikat ini telah melakukan backtested atau ujian untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu strategi berdasarkan keadaan pasaran pada masa lalu.
Rajah 1: Prestasi Quant US Equity Shariah yang diuji menggunakan strategi Quant Mandate. Hanya backtested, tidak menunjukkan prestasi sebenar*
Rajah 2: Prestasi Quant US EquityConvesntional yang diuji menggunakan strategi Quant Mandate. Hanya backtested, tidak menunjukkan prestasi sebenar*
Berdasarkan Rajah 1 dan 2, melalui ujian backtested menggunakan strategi Quant mandate sedia ada, kedua-dua portfolio Shariah dan Konvensional adalah berpotensi untuk memberi pulangan sehingga tiga digit dalam tempoh pelaburan selama 18 tahun.
*Penafian: Pulangan portfolio yang dibentangkan di atas adalah berdasarkan strategi portfolio sedia ada dan untuk tujuan maklumat sahaja. Ia mungkin berbeza daripada prestasi portfolio sebenar disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kos transaksi, keadaan pasaran dan komposisi portfolio. Pulangan portfolio di atas tidak menunjukkan pulangan portfolio sebenar. Tambahan pula, prestasi portfolio di atas mungkin tidak boleh diterbitkan semula pada masa hadapan. Pelabur perlu membuat analisis mereka sendiri dan berunding dengan penasihat kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk potensi kerugian prinsipal. Prestasi lepas tidak menunjukkan prestasi pada masa depan.
Bagaimana pula dengan pulangan yang diperoleh oleh pelabur dalam Quant mandate sedia ada?
Rujuk artikel di sini untuk melihat prestasi semasa. (PGWA QUANT 2023)
Butiran Pelaburan
Disebabkan pelaburan ini menggunakan Akaun 1, berbanding dengan pelaburan mandate yang lain, pencarum yang melabur dalam portfolio ini tidak perlu membayar perfromance fee.
Caj jualan maksimum pula hanya 3% dengan fi pengurusan tahunan serendah 1.5% sahaja.
Mengikut standard industri, caj-caj ini adalah antara yang terendah di dalam pasaran.
Bagaimana Nak Mulakan Pelaburan?
Langkah 1: Semak jumlah simpanan akaun 1 dengan log masuk akaun 1 di sini.
Langkah 2: Masukkan umur dan jumlah simpanan akaun 1. Sistem akan kirakan jumlah yang layak kita keluarkan di sini.
Langkah 3: Sila tinggalkan maklumat anda untuk kami hubungi di sini.
Penafian : Past performance does not indicate future result.
Artikel ini ialah pandangan penulis selaku pelabur dan konsultan semata mata. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat. Bakal pelabur perlulah memahami struktur, risiko dan latar belakang pelaburan yang disertai.