China Bakal Kuasa Ekonomi Terbesar Dunia : Apakah Wujud Peluang Bagi Pelabur ?
Sat, 09 Sep 2021

“When the winds of change blow, some people build walls and others build windmills.” — Chinese Proverb

source : Reuters

Bloomberg Economist menjangkakan China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia seawal tahun 2031, memintas Amerika Syarikat yang memonopoli gelaran kuasa ekonomi nombor 1 dunia selama lebih seabad.

Sektor pembuatan China akan menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi yang mampu mencabar Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia. Jangkaan ini dibuat berdasarkan GDP China dan jika ini menjadi nyata, sekarang ialah masa terbaik untuk pelabur merebut peluang pelaburan di China.

Jangkaan ini dibuat sejak akhir tahun 2020 berdasarkan pemulihan ekonomi China berdepan pandemik COVID-19. Namun, kejatuhan harga saham pasaran China yang bermula Julai lalu membimbangkan pelabur. Jika diteliti sebab kepada kejatuhan ini, ia sebenarnya adalah antara usaha kerajaan China untuk mewujudkan pasaran yang sihat dan tanpa monopoli oleh syarikat-syarikat besar.

Kesan Penguatkuasaan Peraturan Baharu China                 

Banyak yang berlaku dalam ruang sektor teknologi China. Dari satu segi, pasaran terus bertumbuh dengan pertambahan 85 juta lagi pengguna Internet pada tahun lalu. Namun, dari satu segi lagi, syarikat teknologi China berdepan jualan saham besar-besaran menyebabkan kehilangan Market Capitalization sebanyak 1 trillion US dollar sejak Februari 2021.

Antara kesan penguatkuasaan peraturan baru ialah penggantungan IPO Ant Group, denda setinggi 2.8 billion USD disebabkan isu anti-trust ke atas Alibaba, larangan China ke atas perlombongan Bitcoin dan siasatan isu cybersecurity  terhadap syarikat Dudi Chuxing tidak lama selepas pelancaran IPO-nya di Amerika Syarikat. Kesemua isu ini merancakkan jualan saham dalam pasaran. Menjelang Julai 2021, syarikat-syarikat Internet terbesar China mengalami kejatuhan harga saham sehingga 30% ke 50% penurunan dari nilai asal.

Penguatkuasaan peraturan ini didorong oleh kehendak China untuk menyejajarkan pembangunan teknologi negara dengan matlamat strategi kebangsaan dan kepentingan awam. 4 perkara yang difokuskan untuk tujuan ini ialah anti-trust, fintech, data protection dan cryptocurrencies. Disebabkan itulah peraturan-peraturan baru diperkenalkan untuk syarikat-syarikat ini. Syarikat teknologi China memasuki fasa baru tempoh pertumbuhan pesat dan inovasi dengan faktor ‘push-and-pull’ yang memaksa syarikat Internet China untuk berevolusi.

3 peluang perniagaan besar dalam demografi China

Demografi pengguna Internet China sentiasa berkembang mencipta ‘niche’ segmen pengguna baru bagi syarikat-syarikat Internet. Tetapi di China, dengan jumlah populasi sebanyak 1.5 bilion, ‘niche’ adalah sangat besar. Populasi China membentuk 17.9% populasi dunia. Sebagai perbandingan, populasi Amerika Syarikat hanyalah 4.21%.

Bagi syarikat China, mereka tidak terdesak untuk keluar dari pasaran tempatan bagi mencari peluang perniagaan di luar negara. Ini kerana saiz pasaran China sendiri sudah sangat besar.

Terdapat tiga peluang perniagaan yang kini direbut oleh syarikat-syarikat Internet China iaitu; ‘Silver Economy’, ‘Sheconomy’ dan ‘Sinking Market’. Pertama, ‘Silver Economy’ yang merujuk kepada potensi ekonomi di kalangan warga tua. China mempunyai  264 juta populasi berusia 60 tahun dan ke atas. Tetapi, hanya 42% yang menggunakan Internet. Ini bermakna, terdapat 152 juta ‘untapped population’ yang bersamaan dengan keseluruhan populasi Internet Amerika Syarikat.

Dengan COVID-19 memacu penembusan Internet di kalangan warga senior, syarikat-syarikat Internet melihat potensi yang sangat besar dalam Silver Economy ini. Aplikasi mobile yang mesra warga tua telah dibina dengan saiz tulisan lebih besar dan antara muka lebih ringkas dengan bantuan suara dan visual. Aplikasi sedia ada juga berlumba menghasilkan lebih banyak kandungan yang menyasarkan pengguna senior. Sebagai contoh, platform video pendek seperti Douyin dan Kuaishou kerap mempromosikan Influencer senior. Bayangkan TikTok atau Instagram tetapi khusus untuk warga senior dengan Influencer senior tersendiri.

Kedua ialah ‘Sheconomy’ iaitu generasi pengguna wanita yang terpelajar dan stabil dari segi kewangan. Generasi ini memacu perubahan dalam pilihan barangan pengguna yang bersifat peribadi dan berkualiti tinggi. Sebagai contoh, pemilihan tabiat pemakanan yang lebih sihat dengan snek rendah lemak dan tinggi protein. Jualan e-commerce giat menyasarkan ‘Sheconomy’ ini dengan produk berkaitan.

Akhir sekali, syarikat-syarikat Internet China melihat potensi besar dalam ‘Sinking Market’. Di China, bandar-bandar dikategorikan dalam Tier 1 hingga 3. Tier 1 dan 2 ialah bandar-bandar besar dan membangun. Istilah ‘Sinking Market’ merujuk kepada populasi di Tier 3 atau kawasan pendalaman yang membentuk 78% populasi China iaitu sebanyak 1.1 bilion. Salah satu trend perniagaan di China sekarang ialah menyasarkan populasi dalam ‘Sinking Market’ untuk ‘pembelian secara berkumpulan’ yang mengumpulkan penduduk untuk membeli barang runcit dan barangan keperluan harian lain dalam jumlah besar dengan harga diskaun secara dalam talian. Pandemik yang bermula tahun lalu mempercepatkan lagi pertumbuhan perniagaan dalam talian bagi ‘Sinking Market’ sehingga dua kali ganda dan jumlah ini akan terus meningkat.

Peluang bagi pelabur menjelang 2031

Syarikat teknologi dan Internet China terus mengagumkan pelabur dengan pertumbuhan dan inovasi mereka tetapi, mereka juga memasuki fasa perubahan baru memandangkan saiz besar sektor Internet China dan hubungannya dengan sistem kewangan global. Cara mereka mengemudi perniagaan dengan peraturan kerajaan yang baru akan memberi implikasi yang signifikan kepada seluruh dunia.

Kejatuhan harga saham yang berlaku tidak disebabkan oleh perniagaan syarikat yang terjejas, sebaliknya syarikat teknologi China terus mencatat pertumbuhan Revenue yang tinggi. Malah, selepas laporan earning kuarter kedua yang kukuh bagi kebanyakan syarikat teknologi China, harga saham dilihat mengalami pemulihan. Bermula dengan pembelian semula saham-saham Tencent, Pinduoduo dan JD.com oleh CEO ARK Invest, Cathie Wood. Saham-saham ini dibeli di bawah ETF Ark Fintech Innovation (ARKF).

Antara cara paling selamat untuk pelabur yang mahu mencari peluang dalam pasaran China tanpa membeli saham secara individu disebabkan bimbang akan faktor ‘regulatory’ ialah melalui Unit Trust yang fokus kepada saham-saham China. Melalui dana ini, pelabur boleh didedahkan kepada peluang kenaikan harga saham China untuk jangka masa panjang dengan pembelian saham secara diversifikasi.

Jonathan Bartlett illustration for Foreign Policy

A – shares China & sekatan terhadap pelabur asing

Stock Exchange (SZSE). Dahulu, A-Shares ini hanya boleh dibeli oleh rakyat China sahaja kerana China sendiri mengenakan sekatan terhadap pelaburan asing.

Namun sejak tahun 2003, institusi luar yang terpilih boleh membeli saham ini melalui program Qualified Foreign Institutional Investor (QFII). Ditubuhkan pada tahun 2002, program QFII membolehkan pelabur antarabangsa tertentu yang berlesen untuk membeli dan menjual saham-saham dalam klasifikasi ini.

Di Malaysia, sebuah syarikat pengurusan aset yang melihat potensi A-Shares ini telah menubuhkan dana berkonsepkan A-Shares untuk memberi peluang kepada pelabur tempatan membeli saham yang tidak terbuka kepada pelabur runcit asing. Setakat ini, pulangannya berdasarkan tahunan pada 2019 ialah 52.54% dan pada 2020 pula sebanyak 63.37%. Jauh mengatasi ‘benchmark’ (garisan biru).

sumber : fund fact sheet

Melihatkan sejarah pulangan ini dan permintaan dalam pasaran untuk melabur dalam A-Shares yang tidak dapat diakses oleh pelabur runcit, salah satu syarikat pengurusan aset yang berdaftar di Malaysia telah membuka peluang melalui satu lagi dana baru berkonsep serupa bagi memenuhi permintaan para pelabur. Apa yang membuatkannya lagi menarik, dana ini berstatus patuh syariah.

Dengan lebih 4,000 syarikat yang tersenarai di kedua-dua bursa Shanghai Stock Exchange (SSE) dan Shenzhen Stock Exchange (SZSE), serta permodalan pasaran gabungannya yang mencapai USD 12 trillion, dana ini menawarkan peluang pertumbuhan berpotensi baik bagi pelabur yang positif dengan negara yang bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia ini.

Apa pandangan anda selaku pelabur ?

Untuk maklumat lanjut mengenai dana ini, tinggalkan butiran anda untuk kami hubungi.

Info Menarik : Melabur Di US serendah RM 100 , Private Mandate Inter – Pacific Asset Management,masih selamatkah melabur di China?

Penafian : Past performance does not indicate future result

Perkongsian ini adalah hasil pandangan penulis selaku pelabur dan juga konsultan. Bukan pernyataan rasmi dari mana mana syarikat.

Follow us: