Anda Buat Apa Dengan Duit Bonus Anda?
Mon, 03 Mar 2022

“ Dapat bonus tahun lepas bolehlah berbelanja bagai nak gila kan?” 

Alhamdulillah kita semua dapat harungi cabaran dan dugaan tahun 2021 yang sangat mencabar baik kepada pekerja makan gaji sehingga kepada perniaga. 

Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan tahun lepas, sudah pasti sedikit sebanyak merencatkan perjalanan kita untuk mencari rezeki. 

Dalam keadaan ekonomi yang sukar tahun lepas, jika syarikat tempat anda bekerja masih mampu memberikan bonus kepada anda, bersyukurlah kerana ada antara kita yang langsung tidak diberikan bonus serta tiada kenaikan gaji. Malah ada juga yang dibuang kerja. 

Jika anda antara yang bertuah menerima bonus daripada majikan anda, apa perancangan anda untuk wang lebihan tersebut? 

“ Nak guna semua pergi bercuti! Self reward sikit lepas penat bekerja!”

Jika anda nak pergi bercuti ataupun bershopping sebagai ‘self reward’. Silakan. Duit anda tiada siapa yang berhak mengawalnya selain anda. 

Tapi sebelum anda self reward, apa kata anda baca sedikit ilmu kewangan yang kami nak kongsikan ini. Mana tahu anda dapat ilham baru untuk gunakan duit bonus anda selepas membaca perkongsian kami ini. 

Jom baca apa yang anda perlu buat sebaik sahaja menerima bonus tahunan daripada majikan anda.

1. Langgan Perlindungan Takaful

Sebelum kita melabur atau berbelanja, adakah diri kita sudah mempunyai perlindungan? Nampak perlindungan takaful ini seperti tidak penting buat masa sekarang kerana hari ini kita sihat dan syarikat kita tanggung kos perubatan kita. 

Tapi nanti bila kita sakit dan diberhentikan kerja, bagaimana kita nak menampung kos rawatan kita nanti? 

Simpan wang sebanyak mana pun akan lenyap sekelip mata dengan satu resit perubatan yang dikeluarkan oleh pihak hospital. 

“Masuk hospital kerajaan la nanti, murah je tak perlu takaful ni”

Hospital kerajaan pun jika rawatan sakit kronik cecah hingga 5 digit ya. Jangan anggap semua percuma atau murah.

Jadi jika kita dapat bonus berbulan-bulan. Apa salahnya kita agihkan sedikit untuk perlindungan diri kita dan keluarga. Nanti sakit taklah kita susahkan orang lain.

Banyak pelan takaful yang ditawarkan di pasaran sekarang, jika tak mampu yang mahal, ambik pelan yang paling basic dulu. Janji anda dilindungi. 

2. Isi Dana Kecemasan Anda

Pepatah melayu ada berpesan, “sediakan payung sebelum hujan”. Ringkas tetapi mendalam dan padat dengan makna tersirat. 

Dalam kehidupan kita, memang sentiasa perlu bersedia sebelum terlambat. Lagi-lagi bab duit kecemasan.

Selain daripada mempunyai perlindungan untuk membiayai kos rawatan kita di hari senja, jangan lupa dengan simpanan kecemasan kita. Kita tak tahu apa akan terjadi kepada kerjaya kita nanti. 

Sebaiknya kita perlu ada dana kecemasan 6 hingga 9 bulan gaji kita. Ini untuk menjamin keberlangsungan hidup kita jika tiba-tiba kita terpaksa berhenti kerja atau diberhentikan nanti. 

Simpanan 6 hingga 9 bulan terlalu banyak? Mulakan dengan simpanan sebulan dulu, tambah sikit-sikit sampai cukup 6 hingga 9 bulan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Simpanan ini pula jangan simpan dalam bentuk tunai atau dibiarkan dalam bank. Kerana nilai wang kita tadi akan terhakis oleh inflasi. 

Sebaiknya kita simpan dalam instrument pelaburan yang tidak akan menjejaskan modal pelaburan kita seperti fixed deposit, ASB dan juga tabung haji. 

Ada lebihan selepas ada perlindungan dan dana kecemasan, apa kata kita melabur pulak. 

Melabur Untuk Masa Depan Anda

Sebaik-baik pelaburan adalah pelaburan untuk diri anda. Ini bermakna sebelum kita berani melabur ke mana-mana instrument pelaburan. Kita melabur nak modal pelaburan kita berkembang bukan terlebur begitu sahaja. 

Jika kita tidak pandai melabur sendiri, gunakan perkhidmatan pakar dengan melanggan produk pelaburan mereka seperti unit trust, private mandate dan lain-lain lagi.

Pastikan produk tersebut sah dan berdaftar dengan pihak berkuasa yang sepatutnya ya, Jangan percaya iklan-iklan di billboard atau di facebook. 

Pilihan yang ada, anda melabur dengan kami di Hub Kewangan. Agen-agen kami semuanya agen yang sah untuk menjual produk-produk pelaburan yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kami menyediakan produk pelaburan yang bermula dengan RM100 sehingga pelaburan yang bermula dengan RM50,000. 

Untuk Private Mandate, anda boleh membuat semakan di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Untuk Unit Trust pula, pastikan ejen tersebut mempunyai lesen yang sah yang dikeluarkan oleh Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).

Lepas semua dah ada diatas, bolehlah berbelanja sakan untuk self reward diri kita. 

Follow us: